Terdapat 3 jenis pembatalan bagi pinjaman perumahan LPPSA.
1) PEMBATALAN ATAS SEBAB PERIBADI
Sekiranya permohonan pinjaman perumahan LPPSA pertama:
Sekiranya surat setuju terima telah ditandatangi dan dihantar semula ke LPPSA, bayaran kemajuan dan insurans sudah berjalan.
Pemohon yang ingin membuat pembatalan atas sebab peribadi seperti hendak beli rumah lain atau apa-apa jua sebab perlu menyelesaikan baki hutang yang LPPSA sudah keluarkan.
Pemohon boleh mengemukakan semula pembiayaan perumahan LPPSA sekiranya hendak beli rumah lain akan tetapi beliau tidak akan mendapat kemudahan pembiayaan kedua.
Hanya inilah pinjaman terakhir untuk beliau.
Sekiranya permohon pinjaman perumahan LPPSA ke-dua:
Pemohon yang membatalkan pinjaman kedua selepas surat setuju terima telah dihantar ke LPPSA tidak akan boleh membuat pinjaman perumahan melalui LPPSA lagi. Jadi, fikirlah semasaknya sekiranya hendak membatalkan pinjaman kedua.
Nota : Sekiranya anda sudah dapat setuju terima tetapi anda tidak menghantar semula ke LPPSA, dalam masa 30 hari surat itu akan terbatal dengan sendirinya, jadi anda boleh membuat 2 kali lagi pinjaman perumahan LPPSA.
Sekiranya bayaran kemajuan telah 100%, pemohon tidak dibenarkan untuk membatalkan pinjaman perumahan yang telah dibuat.
2) PEMBATALAN ATAS SEBAB PROJEK TERBENGKALAI
Sekiranya pemohon telah terbeli projek yang terbengkalai, pemohon dibenarkan untuk membatalkan pinjaman yang telah dibuat.
Pemohon dibenarkan untuk membuat permohonan pertama/kedua yang mana berkaitan setelah pembatalan telah diluluskan oleh LPPSA. Ini bermaksud pemohon mendapat semula keistemewaan untuk membuat dua kali pinjaman perumahan LPPSA.
Untuk pembatalan pinjaman, pemohon perlulah lampirkan surat dari KPKT yang menyatakan projek tersebut telah terbengkalai. Surat yang dibuat sendiri atau surat daripada peguam atau surat daripada pemaju adalah tidak diterima dalam permohonan pembatalan pinjaman.
3) PEMBATALAN ATAS SEBAB KEMUNGKIRAN
Pembiayaan dibatalkan mulai tarikh peminjam meninggalkan perkhidmatan atau memungkiri mana-mana syarat perjanjian pembiayaan. Bagi kes bayaran belum dikeluarkan sepenuhnya, LPPSA akan menghentikan pengeluaran pembiayaan.
No comments:
Post a Comment