Dah lulus, dah beli rumah,bila akan mula potongan gaji ye bagi pinjaman perumahan LPPSA?
Potongan gaji adalah mengikut jenis pinjaman yang tuan/puan mohon.
Jenis I: Membeli Rumah Atau Petak Rumah Kediaman Yang Telah Siap

Potongan gaji adalah pada bulan berikutnya selepas tarikh bayaran pertama hartanah dikeluarkan ATAU pada bulan ke-7 daripada tarikh kelulusan ATAU mana-mana yang terdahulu.
Contoh 1 : Cikgu Suraya membeli sebuah rumah teres bukan kos rendah dan freehold, rumah yang status sebegini selalunya 4 bulan sahaja diperlukan untuk proses pindah milik sekiranya lawyer laju membuat kerja. Jadi pada bulan ke 4 lppsa sudah membuat bayaran, bulan ke 5 akan mula potongan gaji Cikguy Suraya.
Contoh 2 : En Ali membeli flat kos rendah menggunakan pinjaman perumahan lppsa, rumah kos rendah memerlukan consent /kebenaran daripada kerajaan negeri/persekutuan untuk menukar hak milik mengikut syarat-syarat pembeli yang mereka tetapkan seperti pendapatan isi rumah mestilah bawah 5000 bagi rumah kos rendah.
Consent/Kebenaran untuk menukar hak milik ini selalunya akan membuatkan proses tukar nama menjadi sehingga 8 bulan minima selepas snp ditandatangi/loan lulus. Sekiranya bulan ke-7 daripada tarikh kelulusan pinjaman En Ali proses tukar nama masih belum selesai, potongan gaji tetap berlaku pada bulan ke-7 walaupon rumah belum dipindah milik kepada En Ali.

Jenis II: Membina Rumah Di Atas Tanah Sendiri
Potongan gaji adalah pada bulan berikutnya selepas bayaran kemajuan 95% dikeluarkan ATAU pada bulan ke-25 daripada tarikh kelulusan ATAU mana-mana yang terdahulu.
Untuk pinjaman perumahan LPPSA membina rumah di atas tanah sendiri, kontraktor akan claim kepada lppsa mengikut kemajuan pembinaan ; 10%, 15% dan seterusnya.
Apabila claim sudah 95% bulan berikutnya akan mula potongan gaji.
Walaubagaimanapon, apabila sudah 25 bulan dari tarikh kelulusan claim kemajuan pembinaan masih belum 95% atas sebab-sebab luar yang berlaku bulan berikutnya tetap akan mula potongan gaji.
Jenis III: Membeli Rumah Atau Petak Rumah Kediaman Dalam Pembinaan

Pinjaman jenis III terbahagi kepada 2 iaitu rumah bertanah atau rumah bertingkat (high-rise seperti apartment,condominium)
1) Rumah Bertanah
Potongan gaji adalah pada bulan berikutnya selepas bayaran kemajuan 100% dikeluarkan ATAU pada bulan ke-25 daripada tarikh kelulusan ATAU mana-mana yang terdahulu.
Untuk pinjaman perumahan LPPSA membeli rumah kediaman dalam pembinaan, pemaju akan claim kepada lppsa mengikut kemajuan pembinaan ; 10%, 15% dan seterusnya.
Apabila claim sudah 100% akan mula potongan gaji.
Walaubagaimanapon, apabila sudah 25 bulan dari tarikh kelulusan claim kemajuan pembinaan masih belum 100% atas sebab-sebab luar yang berlaku bulan ke-25 tetap akan mula potongan gaji.

2) Rumah Bertingkat
Potongan gaji adalah pada bulan berikutnya selepas bayaran kemajuan 100% dikeluarkan ATAU pada bulan ke-37 daripada tarikh kelulusan ATAU mana-mana yang terdahulu.
Untuk pinjaman perumahan LPPSA membeli rumah kediaman dalam pembinaan, pemaju akan claim kepada lppsa mengikut kemajuan pembinaan ; 10%, 15% dan seterusnya.
Apabila claim sudah 100% akan mula potongan gaji.
Walaubagaimanapon, apabila sudah 37 bulan dari tarikh kelulusan claim kemajuan pembinaan masih belum 100% atas sebab-sebab luar yang berlaku bulan ke-37 tetap akan mula potongan gaji.

Jenis IV: Membeli Tanah Dengan Tujuan Membina Rumah
Potongan gaji adalah pada bulan berikutnya selepas tarikh bayaran pertama hartanah dikeluarkan ATAU pada bulan ke-7 daripada tarikh kelulusan ATAU mana-mana yang terdahulu.
Potongan gaji adalah sama seperti pinjaman Jenis I. Untuk pemahaman, anda boleh merujuk contoh di pinjaman jenis I di atas.
Jenis V: Menyelesaikan Hutang Pinjaman Bank/Institusi Kewangan
Potongan gaji adalah pada bulan berikutnya selepas tarikh bayaran pertama hartanah dikeluarkan ATAU pada bulan ke-7 daripada tarikh kelulusan ATAU mana-mana yang terdahulu.
Jenis VI: Membina Rumah Di Atas Tanah Pemohon Yang Dibeli Melalui Pinjaman Kerajaan
Potongan gaji adalah pada bulan berikutnya selepas bayaran kemajuan 95% dikeluarkan ATAU pada bulan ke-25 daripada tarikh kelulusan ATAU mana-mana yang terdahulu.
Sila rujuk ulasan di pinjaman jenis II untuk pemahaman.
Jenis VII: Membuat Kerja Ubahsuai Rumah Atau Petak Rumah Kediaman
Potongan gaji adalah pada bulan berikutnya selepas bayaran kemajuan 95% dikeluarkan ATAU pada bulan ke-25 daripada tarikh kelulusan ATAU mana-mana yang terdahulu.
Sila rujuk ulasan di pinjaman jenis II untuk pemahaman.
No comments:
Post a Comment