Pages

NAK PECAH TANAH TETAPI PENAMA DALAM GERAN TIDAK BERI KERJASAMA? INI PENYELESAIAN-NYA

Nak pecah bahagi tanah banyak nama, tapi ada antaranya tak nak bagi kerjasama?
1) Ini adalah salah satu keadaan yang banyak kami jumpa. Katakanlah sekeping tahan tu ada 3 penama, Ali, Abu dan Amat. Si Amat nak pecah bahagian keluarkan bahagian dia sahaja untuk dijadikan lot berasingan dan geran asing.
2) Senang cerita nak buat pecah geran, lot asal yang dikongi bersama dalam satu geran antara Ali, Abu dan Amat dipecahkan kepada 2 lot, 1 lot jadi hakmilik Amat berseorangan dan 1 lot lagi masih dikongsi bersama oleh Ali dan Abu.
3) Perlu diingat, setiap permohonan pecah bahagi tanah memerlukan semua penama dalam geran tu turunkan tandatangan pada setiap plan dan dokumen yang terlibat. Kalau ada 10 nama, maka kesepuluh-sepuluh orang tu perlu tandatangan.
4) Berbalik pada kes Ali, Abu dan Amat tadi, bila Amat nak buat pecah bahagi tanah, Ali dengan Abu tak nak bagi kerjasama, tak nak tandatangan pada plan-plan dan dokumen permohonan. Ataupun keadaan lain, Ali bagi kerjasama dan hanya Abu yang tak bagi kerjasama.
5) Ramai orang ingat bila keadaan macam ni, urusan pecah bahagi tanah tak boleh dibuat, tapi sebenarnya itu ialah anggapan yang salah.
6) Kes seperti ini telah banyak berlaku, maka pada Kanun Tanah Negara yang menjadi rujukan asas segala proses yang melibatkan hakmilik tanah terutamanya pecah sempadan atau pecah bahagian, melalui Seksyen 141A, permohonan untuk kes-kes seperti ini adalah dibenarkan, cuma cerita dia jadi panjang sikit.
7) Caranya, permohonan pecah bahagi tanah akan dibuat macam biasa, sediakan dokumen-dokumen dan plan-plan yang terlibat, turunkan tandatangan bagi penama-penama yang bersetuju dan tinggalkan kosong pada ruangan tandatangan penama yang tak nak bagi kerjasama tu.
8 ) Setelah Pentadbir Tanah terima permohonan bagi kes macam ni, Pentadbir Tanah seterusnya akan menggunakan prosedur pada Sek 142(3) dan (4) iaitu akan memaklumkan dan menghantar notis berkenaan dengan proses permohonan pecah bahagi tanah tu kepada penama yang tak mahu beri kerjasama tu, dan mengarahkan mereka untuk berikan jawapan bertulis dalam tempoh 28 hari daripada tarikh notis disampaikan, nyatakan jika ada apa-apa bantahan berserta dengan alasan yang kukuh.
9) Seterusnya, jika ada bantahan rasmi bertulis daripada penama yang tak mahu beri kerjasama tu, maka satu siasatan (baca pertemuan) akan dibuat disuatu tempat dan masa yang akan diaturkan oleh Pentadbir Tanah bagi membincangkan bantahan tersebut.
10) Kalau lepas bincang, Pentadbir Tanah rasa alasan-alasan bantahan yang diberikan tu baik (baca menepati undang-undang yang ada), maka permohonan itu boleh ditolak. Juga sebaliknya, jika alasan-alasan itu tidak masuk akal, maka Pentadbir Tanah boleh mengesyorkan kepada Pengarah Negeri untuk meluluskan permohonan itu.
11) Atau jika tiada balasan daripada tempoh masa 28 hari daripada tarikh notis dihantar, maka ianya pada kuasa Pentadbir Tanah boleh dianggap tiada bantahan dan selepas ditimbang dengan teliti dan permohoan itu tidak melanggar mana-mana undang-undang dan keperluan semasa, maka Pentadbir Tanah boleh mengesyorkan kepada Pengarah Negeri untuk meluluskan permohonan itu.
CUMA..............
12) Ada juga sesetengah Pejabat Tanah yang tidak gunakan kaedah ini dimana mereka tidak terima terus permohonan kes seperti ini, dan mereka berkehendakkan supaya ianya mendapat Perintah Mahkamah terlebih dahulu bersama permohonan.
13) Ini bermakna, tuan tanah yang nak buat pecah bahagi tanah tu perlu lantik mana-mana peguam untuk bicara kes dan dapatkan perintah mahkamah untuk kebenaran proses pecah bahagi tanah tersebut.
14) Bila Pejabat Tanah pakai cara ni, maka cara no.6 sampai 11 tu tidak lagi digunapakai dan segalanya akan bergantung kepada Perintah Mahkamah samada membenarkan atau tidak membenarkan permohonan itu dibuat.
15) Kaedah ini memerluan tuan tanah keluarkan sedikit belanja lebih untuk lantik peguam dan proses dapatkan perintah mahkamah tu., berbanding dengan gunakan kaedah pada Kanun Tanah Negara tu (rujuk no.6 sampai 11).
16) Kes orang tak nak bagi kerjasama ni memang kelihatan agak rumit, panjang cerita dan banyak belanja, tapi jangan risau, tak ada masalah yang tak boleh settle. InsyAllah kalau ikuti betul-betul proses dia, pasti ada sinar dihujungnya nanti.
JURUKUR WIBAWA
Call atau Whatapps untuk sebarang pertanyaan, InsyaAllah kami cuba bantu.
Arif :
http://www.wasap.my/60109194948
Haznida :
http://www.wasap.my/60107763155
Email :
jurukurwibawa@yahoo.com.my
Pejabat : +6097431155

No comments:

Post a Comment