PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM
BERKAITAN BAJET 2018
Selaras dengan Ucapan Bajet 2018 oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Oktober 2017,
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) akan melaksanakan beberapa
penambahbaikan ke atas kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam
berkuatkuasa 1 Januari 2018, seperti inisiatif berikut:
Inisiatif 1: Memasukkan yuran guaman berkaitan penyediaan perjanjian
pembiayaan perumahan sebagai sebahagian daripada skop
pembiayaan LPPSA.
Inisiatif 2: Membenarkan pembiayaan perumahan bersama atau joint-loan
daripada LPPSA, antara suami isteri atau anak-anak, dengan syarat
semua pemohon adalah anggota perkhidmatan awam.
Inisiatif 3: Membenarkan pembiayaan perumahan bersama antara suami isteri
atau anak-anak, dengan syarat, sekurang-kurangnya seorang pemohon
adalah anggota perkhidmatan awam. Manakala pemohon bersama
yang lain yang bukan anggota perkhidmatan awam perlu menggunakan
pembiayaan institusi kewangan atau agensi yang mempunyai skim
pembiayaan perumahan sendiri, yang bersetuju menjadi pemegang
gadaian kedua.
SOALAN LAZIM
YURAN GUAMAN
Soalan : |
Apakah yang dimaksudkan dengan pembiayan kos yuran guaman sebagai sebahagian daripada skop pembiayaan LPPSA?
|
Jawapan : |
LPPSA akan membiayai kos yuran guaman berkaitan penyediaan dokumentasi pembiayaan sahaja dan ianya akan diambilkira sebagai dalam jumlah pembiayaan yang ditawarkan oleh LPPSA.
|
Soalan : |
Adakah semua kos yuran guaman dalam transaksi pembelian rumah akan dibiayai oleh LPPSA?
|
Jawapan : |
Tidak, LPPSA akan membiayai kos yuran guaman berkaitan penyediaan dokumentasi pembiayaan sahaja. Kos yuran guaman berkaitan perjanjian jual beli (SPA) dan kos pindah milik adalah tidak termasuk dalam skop pembiayaan LPPSA.
|
Soalan : |
Adakah pemohon boleh memasukkan bayaran kos yuran guaman selain daripada yang berkaitan dengan penyediaan dokumentasi dalam jumlah pemohonan?
|
Jawapan : |
Tidak. Kos yuran guaman yang tidak termasuk dalam jumlah pembiayaan adalah berikut:-
|
Soalan : |
Bilakah yuran guaman sebagai sebahagian daripada skop pembiayaan LPPSA termasuk yuran guaman ini berkuatkuasa?
|
Jawapan : |
1 Januari 2018
|
Soalan : |
Bagaimanakah proses pemohonan pembiayaan yuran guaman dimasukkan ke dalam jumlah pembiayaan?
|
Jawapan : |
Pemohon perlu mendapatkan sebutharga daripada peguam dan mengemukakan sebutharga tersebut dengan menggunakan template sebutharga kos yuran guaman yang disediakan oleh LPPSA dan dikemukakan bersama pemohonan.
|
Soalan : |
Adakah LPPSA akan membiayai kos yuran guaman berkaitan penyediaan dokumentasi pembiayaan yang disediakan oleh peguam panel LPPSA sahaja?
|
Jawapan : |
LPPSA akan membiayai kos yuran guaman dokumentasi yang diuruskan oleh semua peguam sama ada panel atau pun bukan panel.
|
Soalan : |
Adakah yuran guaman berkaitan penyediaan dokumentasi pembiayaan ini termasuk dalam jumlah pembiayaan yang diluluskan oleh LPPSA?
|
Jawapan : |
Ya.
|
Soalan : |
Adakah pembiayaan yuran guaman termasuk dalam pengiraan jumlah had kelayakan pembiayaan?
|
Jawapan : |
Tidak.
|
Soalan : |
Bolehkah saya memilih untuk membayar sendiri yuran guaman?
|
Jawapan : |
Pembiayaan kos yuran guaman adalah satu pilihan kepada pemohon
|
Soalan : |
Bagaimanakah sekiranya kos yuran guaman berkaitan penyediaan dokumentasi pembiayaan sebenar tidak sama dengan kos yang telah diluluskan oleh LPPSA?
|
Jawapan : |
Jika anggaran kos yuran guaman dimohon adalah lebih rendah daripada kos yuran guaman sebenar, pemohon perlu menyelesaikan wang beza tersebut terlebih dahulu.
Jika anggaran kos yuran guaman dimohon adalah lebih tinggi daripada kos yuran guaman sebenar, wang beza tersebut akan dianggap sebagai lebihan bayaran dan akan dikembalikan kepada pemohon setelah selesai pembiayaan setelah mengambilkira hutang (owing), sekiranya ada.
|
No comments:
Post a Comment