Antara dasar lain yang Tok Mat perkenalkan sebelum ini adalah rumah kos rendah di Negeri Sembilan mestilah mempunyai 3 bilik..
Rumah adalah keperluan, rumah 3 bilik pula perlu untuk pembesaran anak-anak secara sehat.. Salah sorang yang bakar tahfiz di keramat beberapa bulan lepas selalu lepak/tidur di luar sebab rumah sewa keluarga dia ada 1 bilik shj di keramat.
SEREMBAN - Dasar Perumahan Negeri Sembilan (Dasar Perumahan NS) yang menekankan pembinaan rumah mampu milik adalah satu bentuk jaminan kerajaan negeri kepada rakyat bahawa mereka sentiasa berpeluang memiliki kediaman sendiri.
Ia umpama suatu 'rang jaminan' bahawa rumah mampu milik akan sentiasa dibina bukan sahaja oleh kerajaan tetapi juga pemaju swasta, dengan pelaksanaan dasar mewajibkan 50 peratus rumah yang dibina adalah rumah mampu milik.
Isu perumahan yang sering menjadi topik bualan hangat rakyat di negara ini menjadi antara keutamaan kerajaan Negeri Sembilan yang diterajui Barisan Nasional.
Menjadi satu-satunya negeri yang melaksanakan dasar perumahan sendiri, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Dasar Perumahan NS dilaksanakan berikutan beliau merasakan dasar perumahan sedia ada yang mewajibkan pemaju membina 30 peratus rumah kos rendah daripada keseluruhan projek pembangunan, sudah tidak relevan.
"Kita satu-satunya negeri yang tak pakai Dasar Perumahan Negara. Pada 2015 saya bawa ke dewan dan diluluskan sebulat suara bahkan pembangkang pun setuju.
"Kita mewajibkan semua pemaju mesti membina sekurang-kurangnya 50 peratus daripada jumlah yang nak dibina dalam bentuk rumah mampu milik dan tak perlu lagi bina rumah kos rendah.
"Rumah kos rendah yang hanya mempunyai satu bilik sudah tidak sesuai untuk didiami lagi," katanya dalam satu temu bual ekslusif dengan Bernama baru-baru ini. - Bernama
No comments:
Post a Comment