Pages

CIVIL SERVANTS RESERVES UNIT (CSRU )

Hasil penulisan tuan Khairul Najmi di facebook beliau.

=CSRU dan LPPSA=
¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯
Syok sebenarnya kerja sektor kerajaan ni, sebab ada dua keistimewaan yang tiada dalam sektor swasta, antaranya CSRU( Civil Servants Reserves Unit) dan LPPSA ( Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam)
Ada yang sampai tertukar kedua-dua ni, malahan ada yang tidak tahu menahu langsung tentang dua benda ni, maka pergila kelas #KakLongLppsa, ok takpe saya akan terangkan A-Z apa bendanya CSRU dan ape dia LPPSA
- Csru-
Setiap projek perumahan dari pemaju swasta di dalam Putrajaya, mereka wajib ada "allocation" 30% untuk penjawat awam menggunakan CSRU dengan diskaun sebanyak 25%. Urusan jual beli adalah melalui Urusetia Jawatan Kuasa Kerja Tanah dan Jabatan perdana menteri yang beroperasi di aras 1, Menara Sri Wilayah.
 10 Panduan Membeli Rumah CSRU di Putrajaya
1) Baca Pekeliling : https://docslide.net/documents/pekeliling-csru.html
2) Isi Borang Csru : csru - Jabatan Perdana Menteri
PDFwww.jpm.gov.my › files › register_csru_0
3) Nyatakan jenis kediaman pilihan anda.
4) Sediakan dokumen-dokumen yang diminta seperti dalam borang.
5) Sediakan Rm100 untuk bayaran pendaftaran seumur hidup.
6) Buat pembayaran di Pejabat Kewangan, Tingkat 3, Menara Sri Wilayah.
7) Serahkan Borang CSRU dan resit bayaran di Pejabat UJKT, Tingkat 1, Menara Sri Wilayah.
8) Sentiasa alert tentang projek-projek pembangunan kediaman di Putrajaya yang sedang berjalan atau akan datang.
9) Isi Borang Hasrat di Pejabat UJKT untuk membeli rumah di projek tersebut, nyatakan jenis kediaman dan bajet anda.
10) Jika anda terlepas peluang, sentiasa kemaskini jenis kediaman pilihan dan isi borang hasrat yang baru.
Antara syarat lain CSRU ialah
 Moratorium dikenakan selama 10 tahun ke atas penjualan rumah kediaman tersebut.
 Pindahmilik unit kediaman berkenaan hanya dibenarkan kepada waris terdekat iaitu suami/isteri atau anak-anak dan tempoh moratorium selama 10 tahun terus dikenakan
 Bagi kedua syarat diatas, sekiranya pembeli ingin menjual sebelum tempoh moratorium tamat, syarat berikut dikenakan
➡️Sekiranya dijual kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang lain, syarat-syarat di atas terus dikena kan kepada pembeli baru.
➡️ Sekiranya dijual kepada orang awam/pihak-pihak lain, anggota Perkhidmatan Awam berkenaan harus membayar balik kepada Kerajaan jumlah potongan yang diberikan itu. Jumlah harga yang perlu di bayar tersebut akan diberi diskaun sebanyak 10% setiap tahun
 Dan antara syarat yang paling ketat sekali ialah pembeli dan suami/isteri BELUM PERNAH memiliki unit kediaman Di Bawah Skim Civil Servant Reserved Unit(CSRU) atau tanah lot di Putrajaya.
-LPPSA-
Tirai 2016 dibuka dengan pengenalan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) di bawah Akta LPPSA 2015 bagi mengambil alih daripada Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia (BPP) berkaitan segala urusan pentadbiran, pengurusan dan pemberian pembiayaan perumahan kepada penjawat awam.
 Apakah jaminan kadar faedah 4% akan dikekalkan?

__________________________________________
👍 Keistimewaan LPPSA berbanding Pinjaman Lain.
1)Pinjaman Perumahan sehingga 100% Pembiayaan.
➡️Contoh Loan LPPSA : Harga rumah RM 300,000. Jumlah pembiayaan perumahan juga sehingga RM 300,000.
➡️Contoh Loan Bank : Harga rumah RM300,000.
Jumlah pembiayaan maksimum sehingga 90% iaitu RM 270,000. Selebihnya harus dibayar dengan bayaran deposit.
 Kesimpulan : Kita perlu menyediakan bayaran 10% untuk rumah berharga RM 300,000 iaitu RM 30,000.
 Kadar Faedah atau Interest 4% yang tetap
Loan LPPSA : 4% Interest ataupun Kadar Faedah Setahun.
 Loan Bank : 4 hingga 7%. Kadar peratusan bank bergantung pada harga rumah. Makin tinggi harga rumah yang dibeli, makin rendah kadar faedah bank dikenakan.
 Kadar Bank bergantung pada sistem BLR (Base Lending Rate iaitu Base Rate + p.a)
 Kesimpulan : Kadar Faedah Loan LPPSA sangat rendah dan tetap. Ianya merupakan tawaran yang sukar didapati dari mana mana bank di Malaysia.
👍Tempoh pinjaman (loan tenure)
 Loan LPPSA : Pinjaman selama 30 tahun (bagi rumah LPPSA pertama), 25 tahun (bagi rumah LPPSA kedua) dan boleh membuat pinjaman perumahan sehingga usia peminjam mencapai 90 tahun
➡️Contoh pengiraan 1 : Ali mula berhutang sewaktu berumur 30 tahun
Loan : 30 tahun
Tamat Loan Ali berumur 60 tahun.
➡️Contoh pengiraan 2 : Abu mula berhutang sewaktu berumur 60 tahun
Loan : 30 tahun
Tamat Loan Abu berumur 90 tahun
 Loan Bank : Pinjaman selama 35 tahun dan boleh membuat pinjaman perumahan sehingga usia peminjam 75 tahun.
➡️Contoh pengiraan 1 : Adam mula berhutang sewaktu berumur 30 tahun
Loan : 35 tahun
Tamat Loan Adam berumur 65 tahun
➡️Contoh pengiraan 2 : Ahmad mula berhutang sewaktu berumur 60 tahun
Loan : 15 tahun sahaja
Tamat Loan Ahmad berumur 75 tahun
 Kesimpulan apabila tempoh loan makin singkat, maka pembiayaan bulanan akan lebih tinggi. Di sini pembiayaan LPPSA boleh menawarkan pembiayaan lebih rendah walaupun umur anda sudah lebih 40 tahun.
👍Bagaimana Cara Memohon LPPSA
Terlebih dahulu, beberapa perkara penting dibuat sebelum memohon LPPSA ataupun SPPB. Perkara tersebut sudah pastilah anda perlu kenalpasti rumah yang ingin dibeli.
Senarai perkara yang perlu dikenalpasti sebelum memohon pembiayaan LPPSA
➡️Rumah yang ingin dibeli
➡️Jumlah kelayakan pinjaman
➡️Adakah rumah yang ingin dibeli panel kepada pinjaman LPPSA
➡️Panel insuran yang ingin dipilih
👍Untuk membuat permohonan pinjaman perumahan, anda bolehlah memohon secara online melalui laman web Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu https://sppb.lppsa.gov.my/v2/
👍Harga Rumah Yang Mampu Dibeli
Segelintir daripada kita masih ragu ragu tentang berapakah nilai rumah yang mampu dibeli bukan?
➡️Untuk permasalahan ini, anda bolehlah merujuk pada pautan kalkulator yang disediakan pada pautan seperti dibawah
 Sila kira pada pautan ini: http://www.lppsa.gov.my/v1/index.php/kalkulator
 Berikut adalah serba ringkas berkenaan CSRU dan LPPSA yang ingin saya kongsikan kepada semua. Sudah pasti terlalu banyak topik yang ingin dibincangkan dalam pembiayaan perumahan
 Jika ingin mengetahui secara terperinci anda boleh drop komen dan saya akan terangkan apa apa persoalan yang anda ingin ketahui.
 Semoga perkongsian serba ringkas ini mampu memberi pemahaman kepada anda.
-Khairul Najmi-

1 comment:

  1. Salam tuan, unit Csru boleh ke pakai bank lain atau lppsa sahaja. tq

    ReplyDelete