Pages

KENALI 3 JENIS IBS CONSTRUCTION : INTERLOCKING, ROSLEE PILLAR, LIGHTWEIGHT

Apabila disebut tentang IBS, pengguna selalu terbayang interlocking brick, jadi kami nak kongsi 3 jenis IBS yang selalu diguna dalam construction. Sebenarnya banyak lagi jenis, tetapi 3 ini lebih biasa digunakan.

IBS tidaklah terkenal di Malaysia kerana kilang berskala kecil, ditolak oleh sesetengah pihak kerana boleh menjatuhkan sales untuk business kedai hardware mereka, kontraktor tidak mempunyai kepakaran untuk bina dan ubah suai dan yang paling utama adalah masyarakat masih mempunyai ketakutan untuk berubah ke kaedah lain. 

Ketiga-tiga jenis IBS ini mempunyai banyak kelebihan yang hampir sama seperti pembinaan yang cepat, tahan api, sejuk dan menjimatkan untuk kualiti yang tinggi.

1) Interlocking
Interlocking brick adalah kaedah pemasangan batu seperti lego.

Kelebihan :
-3 kali laju dari pembinaan konvensional.
-Teknologi mesra alam.
-Penjimatan penggunaan acuan.
-Tidak perlu plaster.
-Tiada pembaziran bahan binaan.
-Tapak binaan yang bersih dan kemas.
-Ruang dalaman lebih sejuk.
-Penampilan yang elegen dan esklusif.
-Binaan dinding secara " Interlocking " dan Dinding Galas Beban-lebih kuat.

Kelemahan:
-Perlu pasang kemas dari tukang mahir.
-Base slab atau foundation perlu stabil agar tidak mendap, jika mendap sebelah akan memberi kesan pada dinding.











2) Roslee Pillar
Roslee Pillar (RP) adalah satu bahan binaan berasaskan simen dan fiber. Bahan binaan RP adalah satu bahan binaan 3 dalam 1 iaitu column, beam dan wall dibuat dari satu bahan , Cuma saiz nya diubah mengikut keperluan column, beam dan wall tersebut. Bangunan menggunakn RP tiada penggunaan formwork ketika membuat kerangka bangunan dan tiada penggunaan batu bata untuk membina dinding. Penggunaan RP juga boleh digabungkan dengan bahan binaan batu bata, dalam hal ini RP digunakan untuk membina column dan beam manakala dinding dibina dari batu bata.

Kelebihan:
-Murah
*Tiada kayu atau plywood untuk membuat form-work. Kayu pakai buang jimat sehingga 80%.
*Tiada kerja-kerja kayu untuk membuat colimn dan beam.
*Pemasangan column, beam dan wall mudah dan cepat dilakukan.
*Kos berkaitan kerja-kerja besi dapat dijimatkn sehingga 40%
*Kos Gunatenaga kerja dapat dikurangkan 40% - 50%
*Kos keseluruhan pembinaan bangunan dapat di kurangkan 35% hingga 50%.
-Teguh
Struktur bangunan akan menerima beban kurang dari cara binaan biasa apabila menggunakan ROSLEE PILLAR.
-Kemas
*Cara Pemasangan ROSLEE PILLAR Semi pasang siap dapat dikendalikan dengan tangan dan mudah diplaster menjadikannya lurus dan kemas.
-Ringan
*Tidak memerlukan Kren dan boleh diuruskan oleh tenaga manusia.
-Mudah
*Mudah dipasang dan tidak memerlukan tenaga mahir untuk keseluruhan kerja.
-Tiada Pembaziran
*Tidak menggunakan polywood dan kayu untuk membuat form-work. Kayu pakai buang dapat dikurangkan hingga 70%.
-Mesra Alam
*Hampir tiada bahan pakai buang dan pembakaran terbuka dimana dimana kertas simen pun digunakan dalam kerja-kerja pembinaan menggunakan Roslee Pillar.
-Keselamatan
*Menggunakan Roslee Pillar, Dinding yang terbentuk hollow dan ringan dimana jika berlaku gegaran gempa bumi risiko kemalangan dapat dielakkan
-Tenaga Kerja
*Masa kerja dan jumlah tenaga kerja dapat dikurangkan hingga 40%. Tenaga kerja tidak mahir ataupun separa mahir dapat melakukan pembinaan.

Kekurangan :
-Memerlukan kontraktor berpengalaman jika hendak ubah suai khususnya pipe dan wiring















2 comments: