CONTOH PERJANJIAN SEWA 2020 / DRAF RENTAL AGREEMENT 2020
PAGE 1
PERJANJIAN
SEWA
Tarikh :
( Tuan Premis )
Dengan
( Penyewa )
PAGE 2
PERJANJIAN
SEWA
Perjanjian
Sewa ini telah dibuat pada tarikh yang dinyatakan dalam Seksyen 1 Jadual 1 di
antara dua pihak yang telah dinyatakan dalam Seksyen 2 Jadual 1 (selepas ini
nyatakan sebagai "Tuan Rumah") sebagai pihak pertama dan satu pihak
lagi dalam Seksyen 3 Jadual 1 (selepas ini nyatakan sebagai "Nama
Penyewa" ) di pihak kedua.
ADALAH
DINYATAKAN BAHAWA: "' ..
1)
Tuan Rumah merupakan pemilik sah kepada hartanah yang dinyatakan dalam Seksyen
4 Jadual 1 (selepas ini nyatakan sebagai "Premis").
2)
Tuan Rumah telah menyerahkan dan Penyewa akan menerima Premis berserta
kelengkapan asas tertakluk kepada terma dan syarat-syarat yang dinyatakan.
ADALAH
DIPERSETUJUI:
1.
Berdasarkan terma dan syarat-syarat adalah depersetujui oleh Tuan Rumah dan
Penyewa untuk menerima sewaan bagi Premis pada jangkamasa, tarikh masuk dan
tarikh tamat seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 5 (a)(b) dan (c) Jadual 1 .
2.
Nilai sewaan sebulan dinyatakan dalam Seksyen 6(a) Jadual 1 dan hendaklah dibayar pada atau
sebelum tarikh yang dinyatakan dalam Seksyen 6(b) Jadual 1. Sewaan hendaklah
dibayar terus ke akaun Tuan Rumah yang bernombor .......................atas nama ................. . Slip pembayaran hendaklah disimpan
sebagai bukti pembayaran.
CONTOH PERJANJIAN SEWA 2020 / DRAF RENTAL AGREEMENT 2020
PAGE 3
3.
Penyewa hendaklah membayar deposit bagi Premis sebanyak dua bulan sewaan
seperti dinyatakan dalam Seksyen 7 Jadual 1 sebagai jaminan terhadap
kebolehupayaan Penyewa dalam menjaga baik Premis. Jumlah deposit adalah kekal
sepanjang jangkamasa sewaan dan hendaklah dipulangkan keseluruhannya dalam masa
dua puluh (20) hari selepas tarikh tamat sewaan atau kurang oleh Tuan Rumah
jika berlaku keroskan pada Premis yang disebabkan oleh kecuaian Penyewa
(kerosakan normal disebabkan kelusuhan dan waktu adalah diterima) .
4
. Penyewa dikehendaki membayar deposit kemudahan asas (air dan elektrik)
seperti dinyatakan dalam Seksyen 8 Jadual 1 . Deposit akan dikembalikan kepada
Penyewa setelah tamat tempoh sewaan dan segala pembayaran kemudahan asas
bulanan selesai selama Penyewa tinggal di dalam Premis.
5.
ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB PENYEWA KEPADA TUAN RUMAH seperti dinyatakan:
5.1
Membayar jumlah sewaan Premis pada tarikh yang ditetapkan. Kegagalan Penyewa
membayar sewa selama dua (2) bulan berturut-turut boleh menyebabkan perjanjian
ini terbatal dan Tuan Rumah berhak keatas semua deposit rumah dan kemudahan
asas. Tuan Rumah juga berhak terhadap Premis secara automatik.
5.2
Membayar segala kemudahan asas yang disediakan sepanjang tempoh sewaan Premis.
Segala resit pembayaran hendaklah disimpan sebagai rujukan.
CONTOH PERJANJIAN SEWA 2020 / DRAF RENTAL AGREEMENT 2020
PAGE 4
5.3
Menjaga dan memelihara Premis dari segi peralatan yang disediakan serta
persekitaran dalam keadaan yang baik (perubahan dari segi faktor masa dan usia
adalah diterima). Segala peralatan yang disediakan hendaklah dipulangkan dalam
keadaan baik.
5.4
Tidak membuat atau membenarkan pengubahsuaian atau penambahan ke atas Premis,
hiasan Tuan Rumah tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan bertulis atau lisan.
Setelah mendapat keizinan daripada Tuan Rumah, Penyewa hanya dibenarkan
melakukan pengubahsuaian atau penambahan pada kawasan yang ditentukan oleh Tuan
Rumah sahaja dan segala kos perbelanjaan untuk tujuan tersebut adalah
ditanggung oleh Penyewa kecuali mendapat persetujuan oleh Tuan Rumah. Penyewa
mesti mengembalikan pengubahsuaian atau penambahan kepada keadaan asal apabila
diminta oleh Tuan Rumah.
5.5
Membenarkan Tuan Rumah atau wakil yang dilantik setelah memberi tiga (3) hari
notis terdahulu pada masa yang berpatutan atau atas persetujuan bersama melalui
temujanji untuk memasuki Premis dan memeriksa keadaan Premis tersebut yang mana
Tuan Rumah berhak memberikan notis bertulis kepada Penyewa bagi memaklumkan
kerja-kerja pembaikan yang perlu dilakukan dan meminta Penyewa melaksanakannya.
Dan sekiranya Penyewa dalam masa empat belas (14) hari dari notis tersebut
tidak melaksanakannya maka tuan rumah bersama atau tidak persama dengan pembaik
berhak memasuki Premis tersebut dan melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan
segala kos pembaikan adalah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
5.6
Menggunakan Premis bagi tujuan yang dinyatakan dalam Seksyen 10 Jadual 1 dan
tidak menggunakan Premis atau menyebabkan penggunaan Premis tersebut selain
daripada yang dinyatakan atau menyebabkan Premis menjadi gangguan dalam
sebarang bentuk kepada Tuan Rumah atau jiran Premis.
CONTOH PERJANJIAN SEWA 2020 / DRAF RENTAL AGREEMENT 2020
PAGE 5
5.7
Tidak rnembenarkan atau menyewa Premis tersebut samada secara pemilikan sah
atau sebahagian sah atau sebagainya tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran
bertulis daripada Tuan Rumah.
5.8
Tidak menyebabkan atau disebabkan Premis tersebut melanggar mana-mana
undang-undang atau peraturan atau atau garis panduan daripada mana-mana agensi
kerajaan atau badan atau organisasi bertanggungjawab sehingga menyebabkan
perlanggaran polisi atau polisi insurans berkaitan kehilangan atau kerosakan
akibat kebakaran atau meningkatkan risiko kebakaran sehingga menyebabkan
tambahan premium.
5.9
Penyewa bersetuju untuk membersihkan segala sampah atau sisa-sisa dan menyerahkan
Premis tersebut dalam keadaan baik dan bersih dan telah dibuat pembaikan kepada
Tuan Rumah. Penyewa dibolehkan menanggalkan gantungan atau pemasangan kepunyaan
Penyewa tetapi Penyewa mesti melakukan pembaikan keatas segala kecacatan atau
kerosakan akibat penanggalan gantungan atau pemasangan tersebut.
5.10
Tidak menyimpan atau membawa masuk ke dalam Premis senjata, senjata api, bahan
letupan, peledak, peluru atau sebarang bahan mudah terbakar, meletup, merbahaya
dan melanggar undang-undang.
5.11
Tidak menggunakan Premis untuk kegunaan yang boleh melanggar undang-undang atau
tidak bermoral, perniagaan atau pusat penyimpanan atau tempat perjudian walau
dalam bentuk apa cara sekalipun.
5.12
Tidak menambah kunci atau mangga pintu tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran
dari Tuan Rumah. Tuan Rumah akan memberikan kunci pendua bagi semua pintu
rumah.
CONTOH PERJANJIAN SEWA 2020 / DRAF RENTAL AGREEMENT 2020
PAGE 6
5.13
Penyewa bertanggungjawab untuk membaikpulih Premis secara minor tidak melebihi
jumlah dua ratus ringgit RM 200.00. (Jumlah dalam masa sebulan).
5.14
Penyewa bersetuju menerima sewaan Premis bersih seadanya. Penyewa bersetuju
untuk memulangkan Premis di dalam keadaan asalnya dan membayar kos pembersihan
sekiranya Tuan Rumah mengupah untuk membersihkan Premis.
5.15
Dalam tempoh 2 bulan sebelum tamat perjanjian sewaan, kecuali Penyewa telah
memberikan notis bertulis untuk memperbaharui perjanjian tersebut, Penyewa
perlu memberi kebenaran kepada orang yang diberi kuasa oleh Tuan Rumah untuk
memasuki dan melihat keadaan rumah pada masa yang berpatutan.
6.
ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB TUAN RUMAH KEPADA PENYEWA seperti dinyatakan:
6.1
Membayar servis caj dan segala yang berkaitan yang telah dipersetujui antara
Tuan Rumah dan Penyewa.
6.2
Pada setiap masa disepanjang tempoh perjanjian ini, dilindungi insurans
daripada kehilangan atau kerosakan akibat kebakaran kecuali perabat atau harta
benda milik Penyewa
6.3
Penyelanggaraan dan memastikan struktur utama Premis iaitu atap, dinding utama,
lantai, siling-siling dan system pembentungan dalam keadaan baik atau dalam
keadaan boleh dibaiki oleh Penyewa di sepanjang tempoh perjanjian ini kecuali
kerosakan kepada Premis tersebut adalah disebabkan oleh tindakan atau salahlaku
atau kecuaian Penyewa atau orang berkaitan dengan Penyewa, yang mana Penyewa
akan melakukan pembaikan atau pembaharuan dengan kos yang ditanggung oleh
Penyewa. Dalam keadaan kerosakan yang bukan disebabkan oleh Penyewa atau orang
berkaitan dengan Penyewa, Tuan Rumah akan membaiki atau membuat pembaharuan
dalam masa 14 hari dari tarikh menerima notis bertulis dari Penyewa.
Sekiranya Tuan Rumah gagal melaksanakan tugasnya, Penyewa boleh melakukan
sendiri pembaikan dan pembaharuan dan menuntut kos pembaikan daripada Tuan
Rumah.
CONTOH PERJANJIAN SEWA 2020 / DRAF RENTAL AGREEMENT 2020
PAGE 7
6.4
Setelah Penyewa membuat pembayaran sewa dan melaksanakan segala
tanggungjawabnya kepada Tuan Rumah, Penyewa berhak menikmati dan menggunakan
Premis tersebut tanpa gangguan Tuan Rumah atau orang berkaitan Tuan Rumah
sepanjang tempoh perjanjian.
7.
SEHARUSNYA DAN SENTIASA DIPERSETUJUI OLEH KEDUA-DUA
BELAH PIHAK:
7.1
Jika pada sebarang ketika bayaran sewa (samada diminta atau tidak) akan kekal
sebagai bayaran sewa tidak dibayar untuk tempoh 7 hari selepas tarikh
sepatutnya bayaran sewa dibuat dan sekiranya ini berlaku, Tuan Rumah berhak
pada bila-bila masa tanpa prejudis untuk memasuki Premis tersebut atas nama
perjanjian ini telah dilanggar oleh Penyewa.
7.2
Jika pada sebarang ketika, bayaran sewa ( samada diminta atau tidak ) akan
kekal sebagai bayaran sewa tidak dibayar untuk tempoh 14 hari selepas tarikh
sepatutnya bayaran sewa dibuat dan sekiranya ini berlaku, Penyewa akan
meninggalkan keluar Premis dalam masa 7 hari, mengembalikan kepada Tuan Rumah
segala yang sepatutnya dan membaiki segala kerosakan yang dilakukan oleh
Penyewa atau orang yang berkaitan Penyewa dan melupuskan semua deposit. Penyewa
bertanggungjawab atas semua caj guaman yang ditanggung Tuan Rumah bagi
melaksanakan Klaus ini.
7.3
Tanpa prejudis dan kuasa Tuan Rumah atau sebagainya seperti yang termaktub di
dalam perjanjian ini, Penyewa akan membayar bayaran lewat mengikut kadar faedah
2% sebulan dikira dari hari ke hari atau semua bayaran tertunggak dan dibayar
dalam tempoh 7 hari oleh Penyewa kepada Tuan Rumah. Penyewa bertanggungjawab
atas semua caj guaman yang ditanggung Tuan Rumah bagi melaksanakan Klaus ini .
7.4
Jika berlaku Penyewa ingin melanjutkan Perjanjian Sewa ke atas Premis yang
sama, Penyewa hendaklah memberi notis dua (2) bulan secara bertulis kepada Tuan
Rumah sebelum tamat Perjanjian Sewa ini dan di dalam masa yang sama Penyewa
hendaklah mematuhi segala terma dan syarat Perjanjian Sewa sedia ada sebelum
Tuan Rumah bersetuju menawarkan Penyewa menyambung Perjanjian yang mana telah
dinyatakan dalam Seksyen 9 Jadual 1 dengan terma dan syarat yang sama dan
jumlah sewaan yang dipersetujui kelak.
7.5
Jika berlaku Penyewa ingin menamatkan perjanjian ini sebelum tarikh tamat
perjanjian yang mana telah dinyatakan dalam Seksyen 7 Jadual 1, deposit dua
bulan adalah dikira hangus dan menjadi hak sepenuhnya Tuan Rumah dan deposit
kemudahan asas dalam Seksyen 8 Jadual 1 akan dipulangkan sepenuhnya setelah
mengambil kira semua kemudahan asas itu telah di selesaikan sepenuhnya oleh
Penyewa atau sebahagiannya melalui deposit tersebut.
7.6
Jika berlaku Tuan Rumah hendak menamatkan perjanjian sewa, Tuan Rumah perlulah
memberikan notis penamatan sewa 2 bulan lebih awal kepada Penyewa.
7.7
Jika berlaku Penyewa ingin membeli Premis ini sebelum tarikh tamat perjanjian
yang mana telah dinyatakan dalam Seksyen 7 Jadual 1 dan Tuan Rumah bersetuju
secara bertulis atau lisan, deposit 2 bulan akan dipulangkan kepada Penyewa
sekiranya urusan tukar hak milik premis selesai sebelum tarikh tamat perjanjian
yang mana telah dinyatakan dalam Seksyen 7 Jadual 1 dan deposit kemudahan asas
dalam Seksyen 8 Jadual 1 akan dipulangkan sepenuhnya setelah mengambil kira
semua kemudahan asas itu telah di selesaikan sepenuhnya oleh Penyewa atau
sebahagiannya melalui deposit tersebut. Jika berlaku urusan tukar hak milik
belum selesai selepas tarikh tamat perjanjian yang mana telah dinyatakan dalam
Seksyen 7 Jadual 1, perjanjian penyewaan hendaklah diperbaharui.
CONTOH PERJANJIAN SEWA 2020 / DRAF RENTAL AGREEMENT 2020
PAGE 8
7
.8 Segala kos setem dan kos perjanjian ini dibuat dan disediakan adalah di
bawah tanggungan Penyewa.
7.9
Segala cukai yang berkaitan dengan premis ini seperti cukai tanah, cukai pintu
dan sebagainya adalah di bawah tanggungan Tuan Rumah.
7.10
Segala yuran lndah water dan yuran kawalan keselamatan taman adalah dibawah
tanggungjawab Penyewa.
8.
DALAM PERJANJIAN INI:
8.1
Terma "Tuan Rumah" dan "Penyewa" adalah merangkumi waris
sah atau wakil yang diperakui oleh kedua-dua belah pihak.
8.2
Perkataan yang merujuk kepada jantina merangkumi lelaki dan perempuan.
8.3
Perkataan yang merujuk kepada satu atau sesuatu merujuk kepada bilangan satu
atau lebih daripada satu dan yang merujuk kepada orang atau seseorang merujuk
kepada individu, orang perseorangan atau organisasi.
CONTOH PERJANJIAN SEWA 2020 / DRAF RENTAL AGREEMENT 2020
PAGE 9
DENGAN
INI ADALAH DIPERSETUJUI DAN DISAKSIKAN
oleh
pihak-pihak dibawah yang memetrai perjanjian ini pada hari dan tahun di bawah
menurut Seksyen 1 Jadual 1.
Ditandatangani
oleh Tuan Rumah
Nama:
Nombor
Kad Pengenalan :
Tarikh:
Ditandatangani
oleh Penyewa
Nama:
Nombor
Kad Pengenalan:
Tarikh:
Ditandatangani
oleh Saksi
Nama:
Nombor
Kad Pengenalan:
Tarikh:
CONTOH PERJANJIAN SEWA 2020 / DRAF RENTAL AGREEMENT 2020
PAGE 10
JADUAL 1
(
Wajib dibaca dan difahami sebagai sebahagian daripada Perjanjian Sewa yang
dimeterai)
Seksyen
|
Perkara
|
Keterangan
|
1
|
Tarikh
Perjanjian
|
|
2
|
Tuan
Rumah.
·
Nama.
·
Nombor kad
pengenalan.
·
Nombor Telefon.
·
Alamat.
|
|
3
|
Penyewa.
·
Nama.
·
Nombor kad
pengenalan.
·
Nombor Telefon.
·
Alamat
|
|
4
|
Alamat
Premis
|
|
5
|
a) Tempoh
sewaan
b) Tarikh
masuk
c) Tarikh
tamat
|
Satu
tahun
|
6
|
a) Sewa
bulanan
b) Tarikh
bayaran
|
Ringgit
Malaysia (RM):
Pada
atau sebelum 1 haribulan setiap bulan
|
7
|
Deposit
( dua bulan sewa )
|
Ringgit
Malaysia (RM):
|
8
|
Deposit
kemudahan asas
|
|
9
|
Tempoh
pembaharuan sewa
|
Satu
tahun
|
10
|
Kadar
Kenaikan Sewa
|
Tidak
melebihi 20% dari kadar sewa semasa
|
11
|
Kegunaan
Premis
|
Kediaman
|
No comments:
Post a Comment