Bagaimana untuk Semak harga rumah anda mampu miliki secara automatik dengan gaji dan komitmen bulanan anda?
2) Masukkan gaji bulanan dan penolakan epf dll
3) Masukkan komitmen kereta, credit card, personal loan dll..
4) masukkan je interest 4.55% (Purata interest) dan 30 tahun tenure(Tempoh loan adalah bergantung kepada umur anda bersara), kadar interest adalah berbeza bagi setiap bank dan jumlah pinjaman.
Automatik website maybank akan kirakan harga rumah yang anda mampu miliki.. dan berapa bayaran bulanan...
Walaubagaimanapon, kiraan kelayakan anggaran bulanan rumah anda layak adalah berbeza bagi setiap bank disebabkan oleh berbezanya peratusan DSR bagi setiap bank. Manatau anda boleh beli rumah yang harga lebih tinggi di bank lain selain maybank.. Jadi jom belajar cara mengira DSR
DSR mengikut bank:
BIMB (Bank Islam):
Gaji bawah RM7,000 = DSR Maksimum 70%.
Gaji atas RM7,000 = DSR Maksimum 75%.
AmBank:
Gaji bawah RM5,000 = DSR Maksimum 60%.
Gaji atas RM5,000 = DSR Maksimum 70%.
Maybank:
Gaji bawah RM3,500 = DSR Maksimum 40%.
Gaji atas RM3,500 = DSR Maksimum 70%.
CIMB:
Gaji bawah RM3,500 = DSR Maksimum 60%.
Gaji bawah RM3,500 = DSR Maksimum 75%.
MBSB:
DSR Maksimum = 80%.
RHB:
Gaji bawah RM2,600 = DSR Maksimum 55%.
Gaji atas RM2,600 = DSR Maksimum 75%.
Affin Bank:
Gaji bawah RM5,000 = DSR Maksimum 60%.
Gaji atas RM5,000 = DSR Maksimum 80%.
Ini pula formula cara nak kira DSR (Debt Service Ratio).
Formula asas untuk mengira DSR adalah seperti berikut:
- DSR = (Hutang bulanan (bahagi) Pendapatan bulanan) X 100
Tuan Izwan bagi kat kita satu contoh. Katakan, kita gunakan maklumat kat bawah ini:
- Pendapatan bulanan kita = RM3,500
- Ansuran bulanan kereta = RM450
- Ansuran bulanan motor = RM250
- Ansuran bulanan hutang peribadi = RM500
- Ansuran bulanan kad kredit = RM750
- Total keseluruhan = RM1,950
Nota tambahan: Gunakan hutang yang terkandung dalam sistem CCRIS saja tau. Hutang seperti hutang kawan atau beri duit kat ibu bapa setiap bulan tak termasuk dalam kiraan ini.
Jadi, cara kira DSR adalah:
- (RM1,950 / RM3,500) X 100% = 55%
55.7% ini adalah DSR semasa korang.
Untuk kira DSR selepas pinjaman, masukkan ansuran bulanan yang kita kira tadi ke dalam kiraan DSR:
- (RM1,950 + RM1,750 / RM3,500) X 100% = 105%
DSR yang bank akan luluskan setiap bulan adalah kurang daripada 70%. Tapi, ia berubah-ubah mengikut bank. Sekiranya DSR selepas pinjaman melebihi % yang dibenarkan oleh bank, anda perlulah mencari rumah lain yang mempunyai ansuran bulanan yang lebih rendah.
tags : loan rumah, pinjaman rumah, pinjaman bank terbaik, pinjaman perumahan, bank islam, bank rakyat, maybank, Cara Kira Debt Service Ratio (DSR), Cara kira pinjaman perumahan yang layak anda dapatkan, Cara Kira DSR Mengikut 8 Bank,Cara Untuk Mengira Debt Service Ratio anda
No comments:
Post a Comment