
PROSES/PROSEDUR PECAH LOT
(Pecah Sempadan / Pecah Bahagian)
Bagi melaksanakan proses pecah lot, kami menggariskan beberapa prosedur atau turutan langkah-langkah yang akan terlibat disepanjang proses menguruskan permohonan-permohonan pecah lot, samada proses Pecah Sempadan ataupun Pecah Bahagian tanah.
Antara standard prosedur yang kami di JURUKUR WIBAWA amalkan ialah :
1) Terima permohonan daripada pelanggan.
- Proses perbincangan susun atur pecahan mengikut kehendak awal pelanggan.
- Cadangan diperhalusi dan disesuaikan dengan kehendak undang-undang sedia ada yang perlu dipatuhi.
-----
2) Lakaran pelan pecah lot (Pre-comp plan).
- Lakaran pelan akan dibuat mengikut kehendak pelanggan, namun akan disesuaikan mengikut keperluan kepatuhan kepada undang-undang asas pecahan Pihak Berkuasa Tempatan (Pejabat Tanah, Majlis Daerah dan Perancang Bandar).
- Untuk menghasilkan pelan cadangan pecahan ini, beberapa perkara dan keperluan perlu disemak dahulu, terutama keperluan yang bersangkutan dengan Majlis Daerah dan Perancang Bandar.
- Didalam memuktamadkan pelan cadangan pecahan ini, ada kalanya JURUKUR TANAH BERLESEN perlu untuk turun mengukur di tapak (tanah) bai mendapatkan beberapa maklumat di tanah seperti JALAN MASUK, TALI AIR (jika ada), RUMAH-RUMAH SEDIA ADA (jika ada bagi membuat lakaran pecahan supaya garisan pembahagi yang dibuat tidak terkena rumah-rumah sedia ada), dan beberapa perkara lagi yang berkaitan dengan memuktamadkan pelan cadangan pecahan.
- Jika terlibat dengan keperluan seperti diatas, JURUKUR TANAH BERLESEN akan mengenakan sedikit bayaran dan ianya perlu dijelaskan terlebih dahulu oleh pelanggan.
-----
3) Sebut harga.
- Sebut harga hanya akan dapat dikeluarkan selepas pelan pecahan dimuktamadkan kerana pengiraan sebutharga ini adalah amat bergantung kepada design pecahan lot pada pelan cadangan pecahan, terutama saiz setiap lot yang terbit daripada pecahan yang dibuat.
- Sebut harga bagi keseluruhan proses pecah lot sehingga selesai keluar geran baru akan di keluarkan, kecuali beberapa bayaran Pihak Berkuasa Tempatan seperti bayaran Premium Pejabat Tanah dan bayaran perancang, yang mana kadar bayaran ini akan diberikan oleh Pejabat Tanah apabila plan permohonan diluluskan.
- Selalunya anggaran bayaran keseluruhan akan diberikan kepada pelanggan.
- Bayaran ini selalunya akan melibatkan bayaran kepada Pejabat Tanah dan Majlis Daerah, serta bayaran kepada JURUKUR TANAH BERLESEN.
*** Pelanggan bersetuju dengan Pelan Cadangan Pecahan Lot (Pre-comp plan) dan Sebut harga.
-----
4) Penyediaan dokumen-dokumen berkaitan untuk tujuan pendaftaran fail dan pelan-pelan cadangan pecahan lot.
- Beberapa dokumen pendaftaran akan disediakan dan diserahkan kepada pelanggan untuk ditandatangani, termasuk dengan beberapa salinan pelan cadangan pecahan lot.
-----
5) Pelanggan selesaikan urusan tandatangan dokumen-dokumen dan plan-plan cadangan pecahan.
- Di peringkat ini, kesemua penama-penama yang ada didalam geran perlu menurunkan tandatangan masing-masing pada semua dokumen dan plan-plan yang terlibat. Kalau ada 10 orang penama, maka kesepuluh-sepuluh orang tu perlu tandatangan setiap dokumen dan plan yang terlibat.
-----
6) Serahan kembali dokumen dan plan yang terlibat, yang sudah ditandatangani, berserta bayaran proses.
- Rujuk pada No.3 (Sebut harga). Pada no.3, telah diterangkan anggaran sebut harga bagi keseluruhan proses akan diberikan. Katakanlah keseluruhan proses melibatkan kos sebanyak rm10,000.00.
- Pada peringkat pertama, kami hanya akan memungut sekitar 20% - 30% sahaja daripada jumlah anggaran keseluruhan (masih lagi bergantung kepada tuntutan Pihak Berkuasa Tempatan setempat, namun masih bukan 100% bayaran dituntut), ini adalah bagi tujuan pendaftaran fail di Pejabat Tanah dan Majlis Daerah.
- Katakanlah bayaran awal yang pelanggan perlu bayar ialah 30% daripada jumlah keseluruhan.
-----
7) Pendaftaran fail ke Pejabat Tanah dan Majlis Daerah.
- Permohonan untuk pecah lot akan didaftarakan ke Pejabat Tanah dan Majlis Daerah dimana kesemua dokumen-dokumen dan pelan-pelan cadangan pecahan akan didaftarkan ke unit-unit terlibat bagi proses pendaftaran, penilaian dan kelulusan.
- Disini, kebiasaan akan didaftarkan di OSC Majlis Daerah dan unit ini akan mengagihkan dokumen-dokumen dan pelan-pelan terlibat ke unit-unit lain yang berkaitan untuk proses pendaftaran, penilaian, sebarang pandangan teknikal dan kelulusan.
- Disinilah 80% tempoh masa pecah lot digunakan, pengagihan kepada unit-unit lain terutama untuk pandangan teknikal sangat-sangat memakan masa (dihantar dan dikembalikan).
- Kalau terdapat sebarang komen, maka pelan cadangan pecahan yang dibuat itu perlu dipinda seperti mana yang di komen / di arah pinda, dan perlu dihantar kembali untuk penilaian semula.
-----
8 ) Pebajat Tanah LULUSKAN permohonan.
- Kalau semua ok, maka pejabat tanah akan keluarkan surat kelulusan dan baki bayaran-bayaran yang perlu dijelaskan, seperti bayaran premium dan sebagainya jika ada.
- Selepas diluluskan, Pejabat Tanah juga akan keluarkan no.lot sementara (No.PT) bagi pecahan-pecahan lot yang teribat.
-----
9 ) JURUKUR TANAH BERLESEN terima surat kelulusan daripada Pejabat Tanah.
- Jurukur akan minta pelanggan selesaikan sepenuhnya baki bayaran, contoh rujuk pada No.6, bayaran awal yang perlu dibayar kepada Jurukur hanyalah 30%, maka diperingkat ini, pelanggan perlu jelaskan baki 70% bayaran.
- Selepas dijelaskan, baru JURUKUR TANAH BERLESEN akan teruskan dengan peringkat seterusnya. Kalau bayaran sangkut, maka sangkut lah proses seterusnya.
*** Anggaran proses no.7 sehingga proses no.9 selalunya mengambil masa dalam 9 bulan hingga 1 tahun (mungkin ada yang lebih lama lagi). Jadi disini pelanggan mempunyai ruang masa antara 9 bulan hingga 1 tahun untuk kumpulkan baki bayaran sementara menunggu ke proses no.7. (Untuk mengurangkan bebanan, kaedah bayaran peringkat ini selalunya boleh dibincangkan dengan JURUKUR TANAH BERLESEN, samada perlu dibayar sejelepuk sebaik sahaja kelulusan diperolehi, atau boleh buat bayaran bulanan).
*** Baki bayaran selesai.
-----
10) Jurukur Tanah WAJIB depositkan duit bayaran tadi ke akaun LEMBAGA JURUKUT TANAH SEMENANJUNG MALAYSIA (LJT) untuk dapatkan Sijil Akuan LJT.
- Jangan risau duit tuan-tuan dan puan-puan terganggu kerana duit yang dibayar itu WAJIB didepositkan terlebih dahulu ke akuan LJT untuk dapatkan Sijil Akuan LJT.
- Tanpa deposit ini, Sijil Akuan LJT tidak akan diperolehi dan tanpa Sijil Akuan LJT ini, proses seterusnya tidak boleh dilakukan. Tricknya, untuk memastikan proses berikutnya lancar, lepas bayar, pelanggan perlu sentiasa tanyakan JURUKUR TANAH BERLESEN samada dah dapat Sijil Akuan ke belum.
-----
11) JURUKUR TANAH BERLESEN dapat Sijil Akuan LJT.
- Jurukur akan sediakan plan bagi tujuan pendaftaran geran sementara (QT), dan daftarkan ke Pejabat Tanah.
- Setelah di daftarkan, Pejabat Tanah akan keluarkan Geran Sementara (QT) bagi setiap lot yang terlibat dan QT ini akan diserahkan kepada pelanggan.
- Dalam masa yang sama, JURUKUR TANAH BERLESEN akan daftarkan juga pelan pecahan yang di luluskan tadi ke Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Negeri bagi tujuan memohon No.Lot dan No. Lot yang dikeluarkan oleh JUPEM ini adalah No.Lot rasmi bagi setiap lot-lot tanah (No. Lot PT adalah dianggap no.Lot tidak rasmi dan No.Lot sementara sahaja).
- JUPEM keluarkan No.Lot bagi setiap lot pecahan yang terlibat.
*** Takrif GERAN SEMENTARA (QT) (Qualified Title) ialah tanah yang belum di ukur halus (bahasa mudahnya tanah yang belum di ukur oleh JURUKUR TANAH BERLESEN).
-----
12) JURUKUR TANAH BERLESEN akan menghantar pasukan ukur ke tapak (tanah) dan kerja-kerj aukur akan mula dijalankan sehingga selesai.
- Kerja ini adalah melibatkan pengukuran pengesahan sempadan lot asal, dan membuat tandaan baru (tanam baru sempadan baru) bagi lot-lot pecahan.
-----
13) Selesai kerja ukur dijalankan, JURUKUR TANAH BERLESEN akan proses data-data ukur, dan seterusnya data-data ini dihantar ke JUPEM untuk tujuan penyediaan Pelan Akui.
- JUPEM akan buat semakan pada data dan luluskan.
- JUPEM akan keluarkan Pelan Akui dan JURUKUR TANAH BERLESEN tandatangan pada Pelan Akui tersebut.
- HANYA APABILA PROSES INI SELESAI, baru JURUKUR TANAH BERLESEN boleh buat tuntutan bayaran upah ukur yang WAJIB di depositkan ke LJT (rujuk no.10).
------------------------------------------------------------------
(Tugas JURUKUR TANAH BERLESEN tamat disini)
14) JUPEM akan proses data ukur yang dihantar oleh JURUKUR TANAH BERLESEN sehingga Pelan Akui dikeluarkan.
-----
15) Pelan Akui ini seterusnya dihantar ke Pejabat Tanah dan Pejabat Tanah akan keluarkan Geran Muktamad (FT) (Final Title).
- Untuk dapatkan Geran Muktamad (FT) ini, pelanggan perlu berurusan secara terus dengan Pejabat Tanah, ianya bukan dibawah tanggungjawab JURUKUR TANAH BERLESEN lagi kerana HANYA PEMILIK yang berdaftar di dalam geran sahaja yang boleh ambil Geran Muktamad ini apabila ianya di keluarkan (prosedur kebiasaan).
*** Takrif Geran Muktamad (FT) (Final Title) ini ialah tanah yang sudah di ukur halus (bahasa mudahnya ialah tanah yang sudah di ukur oleh JURUKUR TANAH BERLESEN)
NOTA :
1) KESELURUHAN PROSES PECAH LOT INI HANYA BOLEH DIJALAKAN OLEH JURUKUR TANAH BERLESEN SAHAJA. Mana-mana pihak yang bukan JURUKUR TANAH BERLESEN tidak dibenarkan oleh Undang-Undang (rujuk KANUN TANAH NEGARA) untuk menjalankan proses-proses ini, baik dari permulaan pendaftaran fail sehinggalah ke pengukuran di tapak (tanah).
2) Kaedah pengurusan dan pembayaran ini adalah yang digunapakai oleh kami di firma JURUKUR WIBAWA, mungkin bagi firma JURUKUR TANAH BERLESEN lain mengamalkan kaedah yang berlainan.
3) Prosedur ini adalah prosedur yang biasa digunakan untuk proses permohonan pecah lot (prosedur biasa), namun ada kalanya prosedur ini sedikit berubah bergantung kepada pelbagai faktor lagi.
-----------------------------------------------------------------------------------
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan temu janji.
Call atau Whatapps.
Arif : http://www.wasap.my/60109194948
Haznida :
http://www.wasap.my/60107763155
Pejabat : +6097431155
Facebook : Jurukur Wibawa

No comments:
Post a Comment